NGO lancar petisyen sokong banteras kebun durian haram

NGO lancar petisyen sokong banteras kebun durian haram. Petisyen solidariti menyokong pihak berkuasa membanteras dan memusnahkan kebun durian haram di Hutan Simpan Batu Talam Raub yang dilancarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hugs Project pada Selasa menerima 4,182 tanda tangan sehingga jam 3 petang pada Selasa.

Pengasas Hugs Project, Muhamad Lalili Basir berkata, semua pihak berhak menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri dalam usaha membanteras penerokaan tanah secara haram untuk aktiviti penanaman durian di Raub.

“Memang ramai yang sokong dan setuju dengan langkah kerajaan negeri tetapi sukar untuk mendapatkan angka sebenarnya.



“Melalui petisyen ini kita dapat melihat sejauh mana sokongan diterima dengan angka lebih tepat untuk rujukan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

18 pekebun durian musang king direman dua hari

Muhamad Laili berkata, pihaknya tidak meletakkan sasaran jumlah tanda tangan namun yakin ia mendapat sambutan berdasarkan angka terkini setakat ini.

“Petisyen ini akan kita bawa kepada kerajaan negeri bagi membuktikan sokongan rakyat terhadap semua usaha kerajaan terutama melibatkan isu alam sekitar,” katanya.



Orang ramai boleh menyatakan sokongan mereka dengan menandatangani petisyen ini di http://chng.it/Hugs

NGO lancar petisyen sokong banteras kebun durian haram

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Polis buka 2 kertas siasatan terhadap Ronnie Liu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker