Dah cabul, belasah, samun pulak mangsa

Dah cabul, belasah, samun pulak mangsa

Niat curi bertukar cabul selepas lihat

‘Seorang wanita dicabul malah turut dibelasah seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Bukit Padang, di sini, semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 34 tahun dipercayai baru selesai mandi sebelum diserang dan diheret ke atas tilam oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri selepas meronta dan menjerit walaupun beberapa kali ditumbuk serta dicekik oleh suspek.

“Kepala mangsa sekali lagi dihentak ke dinding bilik namun terus melawan sehingga berjaya membuka pintu utama rumah dan menjerit meminta pertolongan.

“Jeritan mangsa disedari seorang jirannya yang terus membantu memeriksa keadaan belakang rumah mangsa sebelum melihat suspek yang melompat keluar dari tingkap rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Mohd Zaidi berkata, jiran mangsa mengenali suspek yang dikatakan turut tinggal di salah sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan Jabatan Forensik dan maklumat yang diterima, polis kemudiannya menahan suspek dan merampas pakaian yang dipakai ketika kejadian.

“Hasil siasatan, suspek mengaku masuk ke dalam rumah mangsa untuk mencuri namun selepas melihat keadaan mangsa, suspek bertukar niat dan cuba mencabul pengadu.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan.



“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 323 akta yang sama atas kesalahan mencederakan mangsa,” katanya.
FMT

Dah cabul, belasah, samun pulak mangsa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker