Senjata api tiruan, pekerja kedai perkakasan ditahan

Senjata api tiruan, pekerja kedai perkakasan ditahan

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki dan merampas lima laras “senjata api” selepas menyerbu sebuah stor kedai menjual barangan perkakasan di Jalan Permatang Pauh di sini semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan bersama tiga laras raifal tiruan menyerupai HK416 dan dua raifal tiruan menyerupai M16 yang telah diubah suai daripada alat “gel blaster” untuk dijual.

Katanya, lelaki yang bekerja di kedai menjual perkakasan itu dipercayai menjalankan kegiatan ubah suai barang berkenaan untuk dijual sejak awal tahun ini, dan mendakwa tidak tahu bahawa perbuatan itu adalah satu kesalahan.

Menurutnya, difahamkan ada kemungkinan lelaki itu telah menjual lebih 10 laras senjata berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960. FMT

Senjata api tiruan, pekerja kedai perkakasan ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langgar SOP-Polis Siasat Ahli Parlimen Minum Petang Ramai-Ramai Di Kedah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker