Lelaki ditemui mati tergantung pada dahan pokok

Lelaki ditemui mati tergantung pada dahan pokok

SERDANG – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dalam keadaan tergantung pada dahan sebatang pokok di Jalan DU 1 Damai Utama, Puchong di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan tersebut pada pukul 6.57 pagi daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi.

“Anggota bertugas yang tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian telah melakukan pemeriksaan dan menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tergantung dengan tali pada bahagian dahan sebatang pokok.

“Simati merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun dan pemeriksaan fizikal pada mayat berkenaan tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat perbuatan jenayah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan yang dilakukan mendapati mangsa tiada sebarang rekod perubatan lampau namun si mati dikatakan mempunyai masalah keluarga.

“Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala keputusan punca kematian akan dimaklumkan selepas bedah siasat selesai,” ujar beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Lelaki ditemui mati tergantung pada dahan pokok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker