Varian Delta: Dunia kini dalam tempoh bahaya – WHO

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. – Foto AFP

Varian Delta: Dunia kini dalam tempoh bahaya – WHO. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa dunia kini dalam tempoh sangat bahaya ketika mendepani pandemik COVID-19.

Lebih-lebih lagi dengan penularan varian Delta kini yang dilaporkan menular sehingga hampir di 100 negara.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, varian Delta yang dikenal pasti pertama kali di India terus menular dan bermutasi.

Sekali gus menjadi varian COVID-19 dominan ketika ini, terutamanya di beberapa negara.

“Kita kini dalam tempoh yang sangat bahaya dalam pandemik ini.

“Di beberapa negara yang mempunyai kadar vaksinasi rendah, ia menyaksikan keadaan hospital yang tenat sekali lagi menjadi norma baharu.

“Tetapi tiada negara di dunia ini yang berjaya keluar dari masalah ini.

“Varian delta ini sangat bahaya dan terus menular dan bermutasi, di mana memerlukan pemerhatian khusus dan langkah lebih berwaspada terhadap respons kesihatan awam,” kata Dr Tedros.

Justeru, beliau sekali lagi menegaskan agar pemimpin dunia berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan 70 peratus populasi setiap negara divaksinasi menjelang awal tahun depan.

“Saya sudah menggesa pemimpin dunia seluruh dunia untuk bekerjasama bagi memastikan dalam tempoh sehingga tahun hadapan, 70 peratus masyarakat setiap negara divaksinasi.

“Ini adalah cara terbaik untuk membendung pandemik ini, menyelamatkan nyawa, mengukuhkan pemulihan ekonomi global, dan melindungi daripada varian yang lebih berbahaya.”

Setakat ini, jelasnya, 3 bilion dos vaksin sudah didaftarkan atau disuntik.

Dengan pemberian vaksin secara global, kurang daripada 2 peratus sudah diedarkan kepada negara-negara miskin.

Walaupun negara kaya seperti Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Kanada sudah berikrar untuk menyumbang 1 bilion dos vaksin, WHO menganggarkan kira-kira 11 bilion dos diperlukan untuk mencapai imunisasi kelompok di seluruh dunia.

Varian Delta: Dunia kini dalam tempoh bahaya – WHO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN

Varian Delta: Dunia kini dalam tempoh bahaya – WHO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker