Warga emas ditemukan dalam tangki septik

Warga emas ditemukan dalam tangki septik

Hilang dua hari, warga emas ditemukan dalam tangki septik

Lundu: Misteri kehilangan wanita warga emas sejak semalam terjawab apabila dia dijumpai di dalam tangki septik di belakang Dewan Serbaguna Lundu, hari ini.



Fatimah Mohamad, 62, dilaporkan hilang dari kediamannya di Kampung Sempadi, di sini, semalam.

Laporan berhubung kehilangan wanita itu dibuat adiknya di Balai Polis Lundu petang semalam sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi pada jam 5.34 petang bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Berdasarkan laporan itu, kali terakhir mangsa dilihat berjalan di belakang rumahnya tengah hari semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, sebaik menerima panggilan itu, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu dikejarkan ke lokasi.



Beliau berkata, operasi pencarian turut dibantu enam anggota polis termasuk dari Unit Anjing Pengesan K9, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 36 penduduk kampung.

“Operasi pencarian tertumpu di kawasan hutan berdekatan kampung itu termasuk di kawasan sungai.

“Hari ini iaitu pada jam 2.20 petang, penduduk kampung menyedari mangsa berada di dalam tangki septik di belakang Dewan Serbaguna Lundu,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba turut memasuki tangki berkenaan untuk mengeluarkan mangsa.



“Mangsa ditemukan dalam keadaan selamat namun dia lemah dan dia kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Sempadi untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya.

Katanya, punca wanita berkenaan berada di dalam tangki septik itu tidak diketahui. HM

Warga emas ditemukan dalam tangki septik


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker