Pelancaran Program Kebajikan Pemuda MCA
Pelancaran Program Kebajikan Pemuda MCA
Datuk Nicole Wong selaku Ketua Pemuda MCA (MCA YOUTH) hari ini telah melancarkan Program kebajikan Pemuda MCA.
Program ini di lancarkan untuk menyumbang barangan kepada mahasiswa-mahasiswa universiti dan sukarelawan di PPV.
Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan dan pihak universiti dalam memastikan kebajikan para pelajar yang masih berada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Pemuda MCA peka dengan keadaan ini dan ingin membantu bagi mengurangkan kebimbangan ibu bapa dan keresahan para pelajar berhubung proses pembelajaran dan pengajaran yang tergendala.
Pihak kerajaan dan pentadbiran universiti telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memastikan kebajikan fizikal dan mental pelajar terjaga.
“Saya dan team sempat meluangkan masa singgah di TARUC Setapak, UM, dan UKM di Bangi.” kata Datuk Nicole
“Saya juga ambil maklum bahawa ada daripada mahasiswa-mahasiswa mengambil bahagian sebagai sukarelawan MyVAC untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan. Syabas.”
Beliau juga mengucapkan Terima kasih atas kerja keras dan kerjasama Ketua Biro Perundingan Hal Ehwal Varsiti Pemuda MCA Aluyis Lim yang mengkoordinasi. – MyKMU
#LindungDiriLindungSemua
#KitaJagaKita
#BersamaMahasiswa
Pelancaran Program Kebajikan Pemuda MCA
Baca Artikel Menarik :
- UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN
- Zahid panggil MP UMNO tandatangan surat tarik diri
- ‘Bodoh Tu Simpan Sikit Dalam Sungai Supaya Orang Tak Nampak’ – Che Ta Sound Tepat
- Pokok nangka hasilkan buah berkulit durian
- Resepi Terung Goreng Kicap Bercili
Layari Laman Facebook MYKMU
AGM Pemuda MCA ke 56 – Teks ucapan Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong