Ustaz Ebit Lew selamat tiba di Malaysia

 

Ustaz Ebit Lew selamat tiba di Malaysia . Pendakwah terkenal, Ebit Lew selamat tiba di Malaysia selepas selesai menjalankan misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang selalu mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau dan kumpulannya sepanjang menjalankan misi tersebut.



“Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.

“Terima kasih semua yang selalu mendoakan ya. ALLAH sahaja yang membalasnya.

“Jika ada kebaikan atas yang kami buat berkat doa semua,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Ebit berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.



Dalam kenyataan yang sama Ebit menjelaskan, beliau bersama kumpulannya kini menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ebit Lew selamat tiba di Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parlimen tidak jadi alat politik peribadi, apa jaminan Anwar?



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker