Mahkamah, Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenar beroperasi dalam PKPD

Mahkamah dan pejabat Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenarkan beroperasi di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengoperasian bagi dua organisasi itu hanya dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

“Ini selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil kira peranan pejabat Pesuruhjaya Sumpah dalam memberi sokongan terutama kepada sektor hartanah dan perbankan serta operasi melibatkan kontrak dan urus niaga.

“Mahkamah juga dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Fasa 1 kecuali di kawasan PKPD bagi perbicaraan kes jenayah, manakala kes sivil termasuk kes tribunal dibenarkan beroperasi secara dalam talian termasuk di kawasan PKPD,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengingatkan rakyat bagi PKPD di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bermula pada Sabtu agar mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurutnya, pematuhan SOP perlu bagi membantu kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melandaikan lengkuk Covid-19.

“Ini adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita bersama-sama tanpa mengira latar belakang agama, bangsa mahupun fahaman politik berganding bahu memutuskan rantaian Covid-19 di seluruh negara,” katanya.

Pada Khamis, beliau mengumumkan pelaksanaan PKPD di 34 mukim di Selangor dan Kuala Lumpur berkuat kuasa pada Sabtu melibatkan lapan daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Selain itu, beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD selama 14 hari yang bermula 3 hingga 16 Julai ini.

Mahkamah, Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenar beroperasi dalam PKPD


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker