Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

Baru-baru ini, Ella telah mengadakan Konsert Jilid Akhir Ella Puteri 2.0 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Jun yang lalu.

Apa yang menarik perhatian warga netizen adalah gaya tangan Ella yang menyerupai simbol iluminati ketika mengadakan persembahan di konsertnya.

Gaya tangan Ella itu dilihat di dalam potongan kilp persembahan menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Dalam pada itu, klip berkenaan telah memaparkan ‘Ratu Rock’ yang mengenakan busana berwarna putih sedang menyanyikan sebuah lagu di atas pentas.

Kemudian sewaktu menyanyikan lagunya Ella atau nam sebenarnya Nor Zila Aminuddin dilihat mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Tambahan, di sebelah kilp tersebut disertakan juga klip persembahan konsert penyanyi antarabangsa Rihanna yang turut membuat gaya tangan yang sama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen menyelar dakwaan individu yang memuat naik video berkenaan kerana sengaja menimbulkan isu yang boleh mendatangkan fitnah.

Malah, ada juga segelintir warga netizen berkata dakwaan tersebut merepek dan gaya dilakukan Ella hanyalah kebetulan dan tiada niat tertentu.
Kredit: TikToK

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker