Pelajar tahfiz maut akibat lemas di Dataran Banggol Cempedak

Anggota bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Dataran Banggol Cempedak, Kuala Terengganu hari ini.

Seorang pelajar pusat tahfiz berusia 15 tahun lemas ketika mandi di Sungai Terengganu berhampiran Dataran Banggol Cempedak di sini hari ini.

Tiga rakan mangsa yang juga pelajar pusat tahfiz itu termasuk seorang dilaporkan kritikal dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mayat Ahmad Mujahid Al-Faruqi Haimi, 15, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9.10 malam.

“Tiga lagi rakan mangsa berusia antara 14 hingga 16 tahun yang turut mandi sungai sewaktu kejadian berjaya diselamatkan sebelum itu sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.



“Salah seorang daripada mereka iaitu Mohd. Abdul Rahman Mohd. Soud, 15, terpaksa ditidurkan dan sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital sama,” katanya di sini hari ini.

Rozizah berkata, mayat Ahmad Mujahid Al-Faruqi juga telah dihantar ke Unit Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut.

Difahamkan sebelum kejadian, empat mangsa yang merupakan pelajar sebuah pusat tahfiz di Bukit Payung, Marang terlibat dalam persembahan qasidah sempena Festival Warisan Air di Dataran Banggol Cempedak.

Sesudah selesai pertandingan pada pukul 5 petang, mereka dikatakan mandi sungai di lokasi kejadian tanpa disedari pengunjung lain yang sedang sibuk menyaksikan acara lain masih berlangsung di pentas utama.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker