Penjaga Gol Switzerland Pakai Kaca Mata Hitam Khas



Penjaga Gol Switzerland Pakai Kaca Mata Hitam Khas

SEHARI sebelum pertemuan menentang Perancis, semua penjaga gol Switzerland menggunakan kaedah yang ‘pelik’ iaitu memakai kaca mata hitam khas sepanjang sesi latihan.

Biarpun cuaca mendung di Lausanne, namun Yann Sommer, Jonas Omlin, Yvon Mvog dan Gregor Kobel bersiap sedia untuk menghadapi keadaan yang lebih cerah.

Cermin mata yang menggunakan bateri itu dikatakan dapat menghasilkan kesan gerakan perlahan untuk meningkatkan tahap jangkaan penjaga gol.

Ia direka oleh syarikat Jepun, VisionUp dan berharga lebih dari 350 pound (RM2,015) setiap satu.




Switzerland berjaya melakar sejarah dengan mengejutkan juara dunia, Perancis menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas perlawanan berkesudahan 3-3.

Sommer muncul wira pasukannya apabila menepis sepakan penalti yang diambil bintang Perancis, Kylian Mbappe.-UM

Penjaga Gol Switzerland Pakai Kaca Mata Hitam Khas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu ugut doktor kontrak

Pakcik Ini Selamba Tepuk Bahu Pelakon Ketika Shooting. “Haloh Saley Teh” [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.