Bursa Malaysia kembali menjunam catat paras terendah dalam tempoh 8 bulan

Bursa Malaysia kembali menjunam catat paras terendah dalam tempoh 8 bulan. Dagangan di Bursa Malaysia ditutup teramat rendah pada hari terakhir urus niaga bagi separuh pertama 2021 dengan para pelabur terus menilai impak ekonomi berikutan penularan pandemik COVID-19 di dalam negara.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 15.68 mata atau 1.01 peratus pada 1,532.63 berbanding 1,548.31 pada penutupan petang urus niaga Selasa.

Indeks utama dibuka 1.01 mata lebih rendah pada 1,547.30 dan berlegar antara 1,531.66 dan 1,551.95 sepanjang sesi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 660 berbalas 309 manakala 426 kaunter tidak berubah, 821 tidak diniagakan dan 61 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.65 bilion unit bernilai RM2.67 bilion daripada 4.79 bilion unit bernilai RM2.63 bilion semalam.

Menurut ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata, FBM KLCI ditutup pada titik terendah dalam tempoh hampir lapan bulan memandangkan sentimen pelabur terus terjejas kerana jumlah kes harian COVID-19 yang kekal tinggi, mencecah angka 6,276 kes pada 30 Jun.

Beliau berkata di bawah indeks FBM KLCI, Digi dan Sime Darby Plantation paling ketinggalan dengan kedua-duanya turun melebihi 3.0 peratus.

“Kemerosotan kedua-dua saham ini menyebabkan Indeks Telekomunikasi Bursa Malaysia dan indeks Perladangan Bursa Malaysia menyusut 1.1 peratus hari ini, penurunan terbesar dalam kalangan indeks sektor,”

Di pasaran seberang laut pula, bursa-bursa Asia yang lain mencatatkan keuntungan, mengambil petunjuk daripada keyakinan kukuh pengguna di AS, yang sekali gus melonjakkan prestasi Wall Street semalaman.

Di pasaran tempatan, dalam kalangan saham berwajaran tinggi, hanya RHB Bank berada dalam zon positif, meningkat tiga sen kepada RM5.40.

IHH turun 16 sen kepada RM5.47, Digi susut 15 sen pada RM4.13 sementara Top Glove dan Sime Darby Plantation masing-masing menyusut 13 sen kepada RM4.17 dan RM3.98.

Public Bank jatuh empat sen kepada RM4.11, Hartalega turun 14 sen kepada RM7.35, Petronas Gas merosot 20 sen kepada RM15.50, Petronas Dagangan berkurangan 38 sen kepada RM18.60, dan PChem tidak berubah pada RM8.06.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik naik satu sen kepada 33 sen, Sedania melonjak 22.5 sen kepada 72.5 sen, Kumpulan Jetson naik 5.5 sen kepada 34.5 sen, dan Saudee menambah dua sen kepada 20.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 93.44 mata kepada 11,156.22, Indeks FBMT 100 susut 94.15 mata kepada 10,875.09, dan Indeks FBM Emas Syariah kerugian 129.65 mata kepada 12,178.28.
FBM ACE merosot 128.09 mata kepada 6,949.35 dan FBM 70 turun 58.47 mata pada 14,478.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 53.15 mata kepada 15,098.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.03 mata pada 186.30, dan Indeks Perladangan berkurangan 68.37 mata kepada 6,401.48.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menyusut kepada 2.96 bilion saham bernilai RM2.20 bilion daripada 3.15 bilion saham bernilai RM2.10 bilion pada hari Selasa.

Jumlah dagangan waran mengecil kepada 144.16 juta unit bernilai RM16.97 juta daripada 183.35 juta unit bernilai RM20.59 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.54 bilion saham bernilai RM458.61 juta daripada 1.46 bilion saham bernilai RM507.91 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 505.84 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (815.42 juta), pembinaan (204.14 juta), teknologi (296.53 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (79.25 juta), hartanah (156.92 juta), perladangan (23.21 juta), REIT (2.7 juta), dana tertutup (15,000), tenaga (653.44 juta), penjagaan kesihatan (51.79 juta), telekomunikasi dan media (94.62 juta), pengangkutan dan logistik (51.05 juta) dan utiliti (25.02 juta).

Bursa Malaysia kembali menjunam catat paras terendah dalam tempoh 8 bulan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mana arahan BNM kepada bank? Pemuda UMNO beri 10 cadangan tambah baik moratorium

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker