Pekerja maut kepala tersepit lif, majikan berdepan tindakan

Pekerja maut kepala tersepit lif, majikan berdepan tindakan

GEORGE TOWN: Majikan kepada pekerja penyelenggara yang maut selepas kepalanya tersepit ketika sedang menyelenggara lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burma, di sini Selasa lepas, bakal berdepan tindakan sekiranya berlaku pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 .

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang Hairozie Asri berkata pihaknya telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebaik mendapat maklumat mengenainya.



Beliau berkata JKKP juga telah mengeluarkan notis arahan pemberhentian serta-merta ke atas kerja penyelenggaraan lif yang terlibat dengan kemalangan itu hingga siasatan selesai.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15 AKKP 1994 yang menjurus kepada tanggungjawab majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjanya semasa aktiviti kerja dijalankan.

“Majikan turut diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikkan serta membuat pembentangan kes kepada jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hairozie berkata siasatan susulan akan dilakukan pihaknya dengan mendapatkan dokumen berkaitan serta merakam percakapan saksi, selain pemeriksaan lanjut ke atas sistem lif tersebut.



Menurutnya menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja selaras peruntukan di bawah Seksyen 15(1) AKKP 1994.

“Majikan yang mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja perlu membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan.

“Ini bagi menghapus atau mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam serta mengelakkan berlakunya kemalangan semasa aktiviti kerja dijalankan,” katanya.

Beliau berkata JKKP memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan di semua sektor dan komited untuk meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan pekerjaan di negara ini.



Dalam kejadian pada Selasa lepas mangsa, R.Tinesh Kumar, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala seorang lagi pekerja penyelenggara berusia 53 tahun terselamat. Aw

Pekerja maut kepala tersepit lif, majikan berdepan tindakan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker