Sidang Parlimen, Peguam Negara dapat sokongan Bekas Peguam Negara

Sidang Parlimen, Peguam Negara dapat sokongan Bekas Peguam Negara . Seorang bekas Peguam Negara (AG) tampil menyatakan sokongan terhadap Idrus Harun, dengan berkata, beliau berhak menyatakan pandangannya dari segi undang-undang secara terbuka mengenai persidangan semula Parlimen.

Baru-baru ini, Idrus, yang kini memegang jawatan tersebut berkata, persidangan semula Parlimen dan tarikhnya hanya dapat ditetapkan atas nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tiada yang salah, kerana AG (Idrus) menjelaskan kedudukan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” kata Mohamed Apandi Ali dalam pesanan teks kepada FMT.

Apandi, yang menyandang jawatan tersebut dari Julai 2015 hingga Mei 2018, berkata Idrus harus tampil membuat kenyataan di khalayak ramai kerana isu tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun, bekas presiden Badan Peguam Zainur Zakaria berpendapat, Idrus seharusnya memberikan nasihat kepada Agong secara tertutup, bukan mengeluarkan kenyataan.

“Orang ramai bertanggapan, sama ada (tanggapan berkenaan) benar atau salah, bahawa Idrus cuba menyokong (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin,” katanya.

Mereka mengulas kritikan para pemimpin Pakatan Harapan bahawa Idrus meremehkan pandangan Majlis Raja-Raja dan Agong mengenai persidangan semula Parlimen.

Agong berkenan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bersidang kembali “secepat mungkin”.

Pemimpin PH turut menuduh Idrus melanggar protokol dengan membuat pandangan secara terbuka, bukan secara langsung dan peribadi kepada Agong.

Kenyataan PH dikeluarkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Ahli-ahli politik menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) memanjangkan krisis sebagai kaedah untuk terus berkuasa.

Terdapat juga dakwaan oleh para peguam bahawa Agong mempunyai kuasa untuk bertindak sendiri bagi menetapkan tarikh Parlimen dibuka.

Majlis Presiden PH menyifatkan kenyataan Idrus sebagai memperkecilkan apa yang mereka sebut sebagai titah diraja.

Mereka turut menuduh Idrus meremehkan raja berperlembagaan, Perlembagaan Persekutuan dan bertindak “untuk melindungi kerajaan yang mahukan kuasa mutlak tanpa sebarang kawalan atau had masa”.

Selain itu, mereka juga menuduh Idrus melanggar kerahsiaan, menyamakan hubungannya sebagai penasihat undang-undang kepada Agong dan kerajaan dengan hubungan peguam peribadi dan anak guam.

Bawah Perlembagaan, Peguam Negara dilantik Agong atas nasihat Perdana Menteri dan mestilah orang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.

Sidang Parlimen, Peguam Negara dapat sokongan Bekas Peguam Negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker