Poster Sardin: Polis Panggil Fahmi Redza Minggu Hadapan

IPOH: Polis akan memanggil aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza minggu hadapan berhubung kontroversi poster ‘sardin dan ayam’ melibatkan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebelum ini, pihak pihaknya telah memanggil beberapa orang untuk diambil keterangan.

Menurutnya, beberapa orang turut dipanggil semalam untuk memberi keterangan.



“Pada minggu hadapan kita akan memanggil suspek utama dalam kes ini untuk bagi keterangan,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Pada 18 Jun lalu, Mior Faridalathrash berkata, polis membuka siasatan terhadap Fahmi Reza berhubung susulan laporan polis yang dibuat Pemuda UMNO Perak kerana didakwa berunsur fitnah dan sengaja menimbul kebencian terhadap Menteri Besar.

Menurutnya, Fahmi dan individu lain yang terbabit dalam kes itu akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.



Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar terhadap Fahmi berhubung poster memaparkan Saarani dengan catatan ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’.

Hantaran tersebut dipercayai merujuk kepada kenyataan Saarani sebelum ini berkaitan isu pemberian telefon pintar percuma kepada pelajar kurang berkemampuan di negeri ini.

Menurut Mohd Ariff, poster berkenaan memberi gambaran Menteri Besar bersikap angkuh dalam isu pemberian telefon pintar kepada pelajar kurang berkemampuan.

Poster Sardin: Polis Panggil Fahmi Redza Minggu Hadapan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan

Fahmi Reza Muat 100 Lagu Bertema Dengki Dengan Wajah Tunku Azizah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker