Karaoke di ladang, penyanyi terkenal akan dipanggil
Karaoke di ladang, penyanyi terkenal akan dipanggil
TAPAH: Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pada jam 2 petang hari ini, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB).
Majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan fizikal dan ada juga yang tidak memakai pelitup muka.
“Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azharuddin berkata, ahli perniagaan tempatan dan beberapa penduduk kampung turut hadir dalam jamuan itu sambil berkaraoke.
Polis menyiasat mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
“Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh PKP 3.0 dan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. BH
Karaoke di ladang, penyanyi terkenal akan dipanggil
Baca Artikel Menarik :
- Makan telur penyu mainan politik kotor
- Zaman PN ini tak banyak beza dengan zaman PH – Najib
- Jamal Abdillah kena tahan di SJR
- Elizad akan saman pengguna Facebook Zain Rashdan
- Resepi Nasi Kari Ketam Lazat Sekal
- Resepi lala goreng tomyam sedap sungguh
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.