Kondominium mewah jadi pusat operasi judi
Kondominium mewah jadi pusat operasi judi. Polis menahan tujuh lelaki termasuk tiga warga China dalam serbuan di tiga unit kondominium mewah di Jalan Tun Razak, di sini, yang dijadikan pusat operasi perjudian dalam talian, hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya melakukan serbuan di lokasi berkenaan jam 5.30 petang.
“Kami menerima maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan sindiket ini sebelum serbuan dilakukan membawa kepada penahan tujuh lelaki termasuk tiga warga China berusia antara 19 hingga 35 tahun.
“Dalam serbuan ini juga, kami turut merampas wang tunai berjumlah RM70,050 serta beberapa peralatan komputer,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, hari ini.
Nasri berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu bukan saja menjalankan kegiatan perjudian dalam talian, namun turut disyaki melakukan pelaburan tidak wujud.
“Tiga unit kondominium itu disewa antara RM6,500 hingga RM10,000 sebulan oleh sindiket untuk menjalankan operasi dan menempatkan ahli mereka yang terdiri daripada individu tempatan dan warga China.
“Sindiket itu menyasarkan mangsa dari Singapura selain individu tempatan dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti tempoh mereka beroperasi,” katanya.
Katanya, semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya.
Kondominium mewah jadi pusat operasi judi
Baca Artikel Menarik :
- Kenapa Hishammuddin tak nafi kenyataan Nazri?
- Langkah Nazri sokong Hisham strategi lemah
- Peluk, berguling: Aeril, Wawa sedia dikecam
- M40 jadi B40, terpaksa minta beras sekarang
- Penagih guna absorber kereta pecahkan mesin CDM
- Resepi Kerabu Maggi Thai
Layari Laman Facebook MYKMU
Zahid kalau pemilihan Umno buat tak dengar