Syarikat paksa pekerja bayar vaksin gantung serta merta

 

Syarikat paksa pekerja bayar vaksin gantung serta merta. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan tidak memberi muka kepada syarikat mengenakan bayaran kepada pekerja yang mendapatkan suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) di premis mereka.

Timbalan Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata majikan terbabit perlu dihukum serta-merta dengan menggantung operasi bagi memastikan perbuatan sama tidak diikuti pihak lain apabila dibenarkan menyertai program yang menjadikan premis mereka sebagai PPV kepada pekerja.

Katanya, peraturan sudah jelas iaitu syarikat yang dibenarkan menyertai program suntikan vaksin di tempat kerja perlu menanggung kos pentadbiran dengan bekalan vaksin diberi percuma oleh kerajaan.

“Mana-mana majikan melanggar perjanjian, kita saran kerajaan ambil tindakan setegasnya jangan bagi muka. Kita setuju supaya kerajaan gantung operasi dan kenakan denda setimpal kepada syarikat yang degil mengenakan bayaran kepada pekerja untuk divaksin,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kerajaan juga wajar mempertimbangkan menarik semula kebenaran syarikat menjalankan pemberian vaksin di premis mereka jika majikan melakukan kesalahan berulang.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Douglas Uggah Embas, berkata semua pekerja industri di negeri itu diberikan vaksin Covid-19 secara percuma oleh kerajaan.

Beliau berkata, ada iklan dibuat beberapa syarikat menyatakan mana-mana pekerja yang mahu menjalani vaksinasi di PPV di premis mereka perlu membuat sejumlah bayaran.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan program dengan membenarkan syarikat terpilih menjalankan vaksinasi di premis mereka melibatkan industri penting dalam usaha mempercepatkan program vaksinasi terhadap pekerja bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Syarikat paksa pekerja bayar vaksin gantung serta merta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Kenapa Hishammuddin tak nafi kenyataan Nazri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker