3 diberkas jual vaksin COVID-19


3 diberkas jual vaksin COVID-19

Cucuk dulu baru bayar, 3 diberkas jual vaksin COVID-19

MEREKA akan menelefon secara rawak kepada bakal pelanggan dan menawarkan suntikan vaksin berharga RM420 untuk dua suntikan.

Aktiviti penjualan vaksin secara tidak sah yang dipercayai dilakukan melalui sindiket itu akhirnya berjaya ditumpaskan polis apabila tiga individu ditahan.

Modus operandi yang digunakan mereka ialah menawarkan perkhidmatan mencucuk vaksin terlebih dahulu sebelum dikenakan bayaran RM420.

Bagaimanapun, taktik itu terbongkar selepas polis berjaya memberkas seorang lelaki dan dua wanita berumur 23 hingga 50 tahun disyaki anggota sindiket yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat swasta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, siasatan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita yang bertugas sebagai Pegawai Penyelidik, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang mendapat maklumat wujud kegiatan penjualan vaksin.

Berdasarkan risikan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Putrajaya dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah membuat serbuan di Putrajaya dan Brickfields serta memberkas tiga individu berkenaan.

“Polis turut merampas enam buah telefon bimbit dan beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati, sindiket itu akan menghubungi mangsa (orang awam) melalui telefon oleh suspek secara rawak dan menawarkan RM420 bagi dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Mereka turut memberi jaminan bahawa bayaran hanya boleh dibuat selepas suntikan diberikan kepada pelanggan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Ketua Sekretariat CITF Persekutuan telah mengesahkan bahawa Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk menjual vaksin Covid-19.

Katanya, kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu. Utv

3 diberkas jual vaksin COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Arab Saudi lulus campuran dos vaksin berbeza

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker