Pelajar dakwa nyaris diculik tiga lelaki ketika tunggu van sekolah

Pelajar dakwa nyaris diculik tiga lelaki ketika tunggu van sekolah

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki mendakwa dia hampir diculik tiga lelaki yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dalam kejadian di Tanjung Dawai dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6.55 pagi itu berlaku ketika pelajar berusia 13 tahun terbabit sedang menunggu van sekolah.



Menurut mangsa, dia menunggu van itu bersendirian sebelum dihampiri MPV Grand Livina berwarna kelabu dinaiki tiga lelaki.

“Pagi tadi saya menunggu van sekolah di hadapan sebuah kedai runcit di pekan Tanjung Dawai.

“Tiba-tiba sebuah kereta berwarna kelabu yang dipandu laju dari arah bangunan Arked Mara berhenti di hadapan saya sebelum dua lelaki turun sambil meminta saya menaiki kenderaan itu,” dakwanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia yang tidak mengenali dua individu tersebut kemudian bertindak mengundurkan diri.



“Mereka sempat memegang bahu sebelum saya meronta dan berlari pulang ke rumah di Kampung Kepala Tanjung terletak kira-kira 100 meter untuk memaklumkan kepada ibu.

“Melihat saya berjaya melepaskan diri, dua lelaki itu kembali memasuki kenderaan itu sambil dipandu pergi oleh seorang lagi kawan mereka,” dakwanya.

Sementara itu, ibu pelajar terbabit berusia 32 tahun berkata, dia cemas apabila melihat anaknya berlari pulang ke rumah dengan wajah pucat sambil menangis teresak-esak.

“Saya terkejut melihat keadaannya seperti dalam ketakutan sebelum memintanya menenangkan diri.



“Selepas beberapa minit kemudian dia memaklumkan ada orang cuba menculiknya menggunakan sebuah kenderaan,” katanya.

Tambahnya, dia seterusnya meminta suaminya membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Saya terkejut dengan kejadian ini yang mana suami saya yang bekerja sebagai nelayan tidak pernah bergaduh dengan sesiapa sehingga membuatkan orang berdendam dan cuba menculik anak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian, namun enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan. K Online



Pelajar dakwa nyaris diculik tiga lelaki ketika tunggu van sekolah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa



Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker