Polis tahan remaja rogol sepupu
Polis tahan remaja rogol sepupu
Polis tahan remaja 14 tahun dipercayai rogol sepupu hingga melahirkan anak
KOTA BELUD: Polis menahan seorang lelaki berusia 14 tahun dipercayai merogol sepupunya di sebuah kampung di daerah ini pada Ahad lalu selepas mangsa dilaporkan melahirkan seorang anak.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Sahimi Husin berkata ibu mangsa yang tersedar daripada tidur kira-kira jam 3 pagi terkejut apabila mendapati anaknya yang berusia 13 tahun itu sedang membersihkan seorang bayi perempuan, baru-baru ini.
Menurut polis, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol tiga kali sejak Ogos tahun lalu.
Terkejut dan bimbang dengan kesihatan anaknya, wanita itu terus membawa mangsa bersama bayi terbabit ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Sahimi berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol tiga kali sejak Ogos tahun lalu.
“Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam, untuk siasatan selanjutnya.
“Hasil siasatan akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata, setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. FMT
Polis tahan remaja rogol sepupu
Baca Artikel Menarik :
- Pas Perak sokong Sidang DUN dibuka segera
- Parlimen perlu bersidang demi rakyat bukan kepentingan politik
- Pentadbiran ‘kayangan’, Masazlina dan timbalan PPBM JB letak jawatan
- Mila Jirin terpaksa jual durian
- Resepi udang rangup salut wantan
- Jangan berkompromi dengan Israel – NGO Islam
Layari Laman Facebook MYKMU