Notis 28 hari boleh diketepikan, kata Najib


Notis 28 hari boleh diketepikan, kata Najib

Kerajaan tidak memerlukan 28 hari untuk mengadakan persidangan Parlimen kerana syarat itu boleh diketepikan berdasarkan Peraturan Mesyuarat, kata Najib Razak.

“Takde ke mereka pernah dengar frasa sesi Parlimen tergempar ke?” tanya bekas perdana menteri itu dalam catatan Facebook.

Najib berkata walaupun kerajaan tidak merujuk kepada Peraturan Mesyuarat agar Parlimen bersidang semula, Ordinan Darurat boleh digunakan untuk memanggil persidangan lebih awal.



Lagipun, katanya ordinan itu antara lain membolehkan kerajaan berbelanja sesuka hati, meminda kompaun maksimum langgar SOP ke RM10,000 dan menggubal undang-undang khusus berita palsu.

“Tapi tak boleh pulak ketepikan notis 28 hari untuk bersidang? Nak tipu siapa?”

Ahli Parlimen Pekan itu berkata tidak ada gunanya memperdebatkan syarat yang diperlukan untuk membuka kembali Parlimen.

“Persoalan utama bukan isu tempoh 14 hari atau 28 hari tapi adakah kamu sudah hantar notis ke belum?”



Kenyataan Najib dibuat sehari selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk memanggil semula Parlimen.

Awal hari ini, bekas menteri persekutuan Shahidan Kassim membidas Zahid, mengatakan bahawa notis 28 hari diperlukan sebelum memanggil Parlimen.

Minggu lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah untuk Parlimen kembali bersidang secepat mungkin.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata Parlimen boleh bersidang semula pada bulan September atau Oktober jika kes Covid-19 harian turun di bawah 2,000.



Parlimen, yang digantung setelah Darurat diumumkan pada bulan Januari, kali terakhir bersidang pada bulan Disember.

Di bawah Peraturan Mesyuarat 9(2)(a), Speaker Dewan Rakyat boleh mengetepikan notis 28 hari dalam kes-kes yang dianggap mendesak.

Pada tahun 2014, ketika pemerintahan Najib sebagai perdana menteri, Dewan Rakyat mengadakan persidangan darurat untuk meminta siasatan menyeluruh terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines MH17. FMT

Najib Razak berkata Peraturan Mesyuarat membenarkan persidangan Dewan Rakyat tergempar sementara Ordinan Darurat juga boleh digunakan untuk mengadakan persidangan dengan cepat.



Notis 28 hari boleh diketepikan, kata Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Guna pisau ugut ibu kandung, lelaki dipenjara 7 bulan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker