Kerajaan China paksa gugurkan kandungan

Gambar Hiasan

Kerajaan China paksa gugurkan kandungan. Seorang wanita Uighur yang kini tinggal di Turki terpaksa bekerja sehingga lewat malam dengan menjahit pakaian demi menyara keluarganya.

BBC melaporkan, Kalbinur Tursan tiba di Turki pada 2016, semasa sarat mengandung lapan bulan dengan anak ketujuhnya, Merziye.

“Sekiranya pihak berkuasa China tahu saya mengandung sudah tentu mereka akan memaksa saya menggugurkan kandungan ini.

“Saya terpaksa membalut perut saya bagi menyembunyikan kandungan selama dua jam setiap hari dan dengan cara itu kami berjaya melepasi sempadan,” katanya.

Walaupun Kalbinur sudah membuat permohonan pasport untuk kesemua anaknya, China mengenakan sekatan perjalanan terhadap kumpulan etnik Xinjiang.

Ini bermakna, hanya anaknya lelakinya berusia dua tahun, Muhammad yang mendapat kelulusan itu.

Dengan masa yang semakin suntuk, dia tiada pilihan lain dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya yang lain dengan harapan mereka dapat mengikuti suaminya selepas menerima dokumen perjalanan.

Beberapa minggu selepas dia keluar negara, suaminya ditahan seperti ribuan tahanan Uighur yang lain.

Dia malah tidak dapat menghubungi sanak saudaranya yang lain kerana sesiapa yang berada di Xinjiang dan melakukan komunikasi dengan negara luar merupakan petanda radikalisasi serta menjadi penyebab utama mereka dihantar ke kem tahanan.

Sejak dua tahun lalu, pihak berkuasa China berulang kali berjanji untuk membantu mengesan kanak-kanak yang hilang di Xinjiang bagi membuktikan negara itu itu tidak memisahkan mereka dengan ibu bapa.

Kali pertama China berjanji untuk membantu mengesan anak-anak Kalbinur Tursan adalah pada 2019, namun hingga kini, tiada khabar berita dari mereka.

Kerajaan China paksa gugurkan kandungan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PRU-15 boleh diadakan, jika kadar kebolehjangkitan 0.5

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker