Kau bukan superman, padan muka

Kau bukan superman, padan muka

Kuala Langat: Sanggup terjun dari tingkat tiga sebuah kilang terbengkalai hingga patah kedua-dua belah kaki.

Itu tindakan seorang penjenayah curi kabel yang cuba melarikan diri daripada ditahan polis di kawasan perindustrian Telok Panglima Garang di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, dalam kejadian pada jam 4.50 petang itu, dua lelaki termasuk yang cedera parah ditahan selepas dipercayai terbabit dalam jenayah curi kabel di kilang itu.



Katanya, pihak polis menerima maklumat awam berhubung tindakan suspek menceroboh kilang terbengkalai di kawasan itu.

“Susulan itu, sepasukan pegawai serta anggota diarah ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

“Dua suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri. Salah seorang daripadanya terjun dari tingkat tiga kilang berkenaan dan mengalami kecederaan patah pada kedua belah kaki.

“Seorang lagi suspek ditemui bersembunyi di bawah meja di tingkat bangunan yang sama.



“Turut dijumpai adalah peralatan pecah rumah dan memotong kabel seperti gergaji besi, pemotong wayar, pencabut paku, tukul kuku kambing, pisau, gunting serta pemutar skru,” katanya, tadi.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dipercayai menceroboh kilang itu untuk mencuri kabel dan wayar elektrik yang mengandungi tembaga serta mencuri barangan perabot yang ada di kilang itu.

Katanya, kedua-dua lelaki berusia 28 dan 36 tahun itu tinggal berdekatan dengan lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 dan 379/511 Kanun Keseksaan,” katanya.



Kau bukan superman, padan muka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Motorsikal Siti Nurhaliza dicuri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker