JDT tumbang kepada Nagoya

JDT tumbang kepada Nagoya.  Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal memulakan aksi Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan keputusan positif selepas tewas 1-0 kepada kelab Jepun, Nagoya Grampus, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, skuad Harimau Selatan dikecewakan dengan gol tunggal ledakan pemain tengah,  Hiroyuki Abe.

Keputusan itu menyaksikan misi skuad Harimau Selatan untuk sekurang-kurang meraih satu mata tidak kesampaian.



Sebaik sahaja wisel perlawanan ditiup, Nagoya memaksa benteng JDT, Shane Lowry dan Mauricio dos Santos bekerja keras dengan melakukan asakan pada 20 minit awal.

Begitupun, JDT kental bertahan bagi memastikan gwang mereka tidak dibolosi , selain turut mencipta beberapa peluang menguji benteng skuad kendalian Massimo Ficcadenti.

Skuad Harimau Selatan hampir membuka tirai jaringan namun rembatan Bergson Da Silva pada minit ke-37 hanya sedikit tersasar tatkala penjaga gol Nagoya, Mitchell Langerak sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, gawang JDT yang dikawal Farizal Marlias akhirnya bolos menerusi jaringan Abe pada minit ke-60.



Tersentak dengan jaringan itu, kembali mengatur gerakan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi ledakan Bergson pada minit akhir perlawanan namun jaringan itu dibatalkan oleh pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohamed Abdulla Hassan yang mendakwa penyerang dari Brazil itu terlebih dahulu menolak pertahanan lawan.

Sementara itu, dalam aksi kumpulan sama, Pohang Steelers tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata dengan menundukkan wakil Thailand, Ratchaburi FC, 2-0.

JDT tumbang kepada Nagoya

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker