Menteri Kewangan, desak sikit bagi sikit – Asyraf


Menteri Kewangan, desak sikit bagi sikit – Asyraf

Memang ‘Style’ Menteri Kewangan… Kena Desak Barulah Dia Bagi Sikit-Sikit

“Memang style menteri kewangan ni kena kita desak secara berterusan, barulah dia bagi sikit-sikit,” sindir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi dengan pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan kelulusan automatik moratorium bagi peniaga yang tidak boleh beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Cuma sebagaimana desakan Pemuda UMNO, kami bukan sahaja minta kerajaan pertimbangkan moratorium automatik kepada para peniaga yang terjejas akibat tidak berniaga disebabkan PKP, tapi juga dua perkara utama.

“Iaitu moratorium automatik secara pukal untuk semua kategori termasuk B40, M40 dan pengusaha kecil dan sederhana.

“Serta moratorium tanpa caj ataupun faedah tambahan yang sifatnya compounded dan amat membebankan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas Asyraf lagi, hampir setiap hari pihaknya menerima beratus aduan dan maklumbalas perihal pengalaman masing-masing berurusan dengan bank-bank.

“Tolonglah rakyat yang sedang menderita, tertekan dan amat memerlukan bantuan ini!” tegas beliau. – UMNO Online

Menteri Kewangan, desak sikit bagi sikit – Asyraf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Panduan sewa rumah, elak kena tipu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker