Majlis pertunangan: Shuib syukur jodoh dengan Watie dipermudahkan

Majlis pertunangan: Shuib syukur jodoh dengan Watie dipermudahkan

Majlis pertunangan: Shuib syukur jodoh dengan Watie dipermudahkan

PELAWAK dan penyampai radio Shuib memanjatkan rasa syukur atas majlis pertunangannya bersama usahawan Watie Hanafiah yang berlangsung pada Sabtu.

Kata Shuib, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, dia turut tersentuh melihat kedua-dua belah keluarga bakal disatukan tidak lama lagi.

“Perasaan yang cukup berdebar-debar dari semalam, dari rumah lagi. Jadi lainlah, tapi ada rasa seronok dan terharu. Sebab melihat bekas mentua, mak dan sebelah sana keluarga disatukan, rasa terharu dan bersyukur.

“Dalam kehidupan kita tak sangka apa yang Allah aturkan. Apa yang boleh diharapkan adalah doa daripada semua orang. Sebab kita menjalani apa yang Allah tulis.

“Harap doa daripada semua orang boleh menguatkan untuk kita menuju ke arah yang lebih baik. Tak ada orang nak kehidupan tak best. Semua orang harapkan kebahagiaan. Harap doalah baik-baik untuk saya sekeluarga,” kata Shuib.


Baca Artikel Menarik:

Pernikahan Shuib dan Watie ditetapkan pada 23 Jun 2023


Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki hubungannya bersama Watie apabila memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Jun depan.

Untuk rekod, menerusi perkahwinan Shuib dan arwah Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Majlis pertunangan pasangan merpati dua sejoli itu akan disiarkan secara eksklusif menerusi rancangan Walimatul Urus di saluran Astro Ria (104).

Pasangan itu dijangka bakal diijabkabulkan pada 23 Jun 2023.

Majlis pertunangan: Shuib syukur jodoh dengan Watie dipermudahkan


Baca Artikel Menarik:


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker