Ambil vaksin atau saya penjarakan anda




Ambil vaksin atau saya penjarakan anda
Ambil vaksin atau anda saya penjarakan – Duterte

PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte mengancam untuk memenjarakan rakyatnya yang enggan mengambil vaksin Covid-19 ketika negara itu mencatatkan 1.3 juta kes positif dan lebih 23,000 kes kematian.

“Anda pilih, vaksin atau saya akan penjarakan anda,” katanya dalam ucapan di televisyen mengulas laporan jumlah kehadiran rendah di beberapa pusat vaksin di Manila.

Bagaimanapun ancaman Duterte itu bercanggah dengan kenyataan pegawai kesihatan kerajaan yang mendakwa walaupun orang ramai digesa mendapat vaksin Covid-19, namun ia adalah secara sukarela.

“Jangan salah faham, terdapat krisis dalam negara ini. Saya hanya terganggu dengan rakyat Filipina yang tidak mengendahkan arahan kerajaan,”tambahnya.




Setakat 20 Jun, hanya 2. 1 juta rakyat Filipina telah mendapatkan vaksin penuh Covid-19, angka yang dilihat agak rendah ketika Manila berhasrat mencapai sasaran 70 juta orang divaksin tahun ini di negara yang mempunyai 110 juta penduduk itu.

Duterte yang dikritik kerana pendekatan tegasnya dalam mengawal virus itu turut tidak berganjak dengan keputusan untuk tidak membenarkan sekolah dibuka semula. Utv

Ambil vaksin atau saya penjarakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Harith Iskandar sedih kematian anjing kudungnya



Leave a Reply

Your email address will not be published.