Lisa Suruhani & Yusry Namakan Anak Ketiga Yunos Laith

LISA SURUHANI & YUSRY NAMAKAN ANAK KETIGA YUNOS LAITH 01

LISA SURUHANI & YUSRY NAMAKAN ANAK KETIGA YUNOS LAITH

“Assalamualaikum. Kami ingin perkenalkan adik kami yang genap berusia tujuh hari. Nama dia Yunos Laith Yusry. Nama Yunos diambil sempena nama nabi dan Laith pula membawa maksud berani seperti sang singa.

“Alhamdulillah, terima kasih semua di atas doa dan ucapan anda buat kami sekeluarga,” demikian kata pelakon Datin Lisa Surihani yng mengumumkan nama anak ketiganya selepas genap seminggu kelahirannya iaitu pada 15 Jun lalu.

Lisa, 35, dan suaminya, pengarah dan pelakon Datuk Yusry Abdul Halim, 48, sepakat memilih nama ‘Yunos Laith’ untuk anak lelaki mereka itu. Dalam masa sama, Lisa turut berkongsikan maksud nama tersebut.

LISA SURUHANI & YUSRY NAMAKAN ANAK KETIGA YUNOS LAITH

Dalam entri berkenaan, memaparkan gambar ketiga-tiga anak pasangan ini, namun wajah Yunos Laith hanya dapat dilihat dari tepi sahaja.

Perkongsian Lisa mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji nama anak ketiganya itu mendoakan membesar dengan baik serta menjadi anak yang soleh.

Untuk makluman, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Pasangan itu kini sudah dikurniakan tiga cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne, 4, dan Yunos Laith.

Sementara itu, Lisa juga sempat menitip ucapan istimewa Hari Bapa buat suami tercinta menerusi satu lagi entri di laman Instagram miliknya.

“Sangat bersyukur dengan cara awak melayani anak-anak kita, Yong dan Yeop dengan sabar dan penuh kasih sayang dan sekarang dengan Lang pula. Bulan Jun yang cukup bermakna untuk diingati dengan pelbagai sebab. Selamat Hari Bapa, bapa kepada anak-anak kami, YL,” tulis Lisa.

LISA SURUHANI & YUSRY NAMAKAN ANAK KETIGA YUNOS LAITH

LISA SURUHANI & YUSRY NAMAKAN ANAK KETIGA YUNOS LAITH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


BCL – Happy Father’s Day [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker