Ketibaannya Disambut Sami Sadhguru, Will Smith Jalani Rawatan Kerohanian Di India [VIDEO]

Ketibaannya Disambut Sami Sadhguru, Will Smith Jalani Rawatan Kerohanian Di India [VIDEO]

SELEPAS kontroversi menampar Chris Rock pada acara Oscars 2022, pelakon Will Smith dilaporkan terbang ke India beberapa hari lalu.

Menurut laporan Indian Express, pelakon itu tiba di Lapangan Terbang Mumbai dengan berpakaian berwarna putih dan disambut oleh beberapa orang sami pengikut ajaran Sadhguru.

Meskipun tidak pasti apa tujuan Smith ke sana, ramai yang membuat andaian pelakon King Richard itu mahu menjalani rawatan kerohanian selepas insiden yang berlaku di Oscars.

Peminat sedia maklum bahawa Smith merupakan seorang pengikut kepada ajaran Sadhguru.



Kejadian menampar Rock di atas pentas telah memberi kesan besar kepada Smith apabila dia dikatakan sebagai seorang yang gagal mengawal kemarahan.

Dalam masa sama, ada juga yang mempertahankan Smith kerana tindakan spontan itu untuk mempertahankan isterinya Jada Pinkett Smith.

Susulan kes tersebut, Smith tidak dibenarkan menghadiri Anugerah Akademi dan mana-mana acara anjuran lembaga akademi selama sepuluh tahun.

Ketibaannya Disambut Sami Sadhguru, Will Smith Jalani Rawatan Kerohanian Di India [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)



Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker