Perak : Kami bersatu hati bawah semangat keluarga PN – Annuar

Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan kononnya UMNO, Pas dan Bersatu tidak sehaluan dalam penentuan Menteri Besar (MB) Perak dan pembentukan kerajaan negeri baharu.

Malah katanya, ketiga-tiga parti itu masih utuh di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) sebagai satu keluarga sekali gus menolak spekulasi mengaitkan ketiga-tiga parti gabungan PN itu terlibat menghadapi masalah.

Setiausaha Agung Barisan Nasional itu menegaskan, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menentukan isu pelantikan calon MB Perak.

“Malah kita sudah memutuskan dan mahu PN terus menjadi kerajaan utuh di Perak menerusi gabungan UMNO, Pas dan Bersatu kerana kami adalah satu keluarga dalam PN.

“Tiada sebarang salah faham antara tiga parti dalam PN, kami masih bersatu hati,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia petang ini.

Beliau hadir untuk Mesyuarat Menteri-Menteri BN yang dijadualkan berlangsung 5 petang tadi.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, mesyuarat antara menteri-menteri BN petang ini merupakan rutin setiap minggu.

Manakala Ahli Parlimen Ketereh itu juga menegaskan mesyuarat antara para pemimpin komponen BN juga akan diadakan malam ini.

Ditanya mengenai kenyataan Bersatu mengenai kekesalan mereka berikutan tindakan UMNO yang tidak menyokong undi tidak percaya ke atas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Annuar menafikan sebarang salah faham yang berlaku.

“Siapa cakap itu, tiada sebarang masalah sebegitu, saya ada jumpa Bersatu dan Pas di Parlimen hari ini. Saya telah bersama setiausaha agung kedua-dua parti komponen PN termasuk kedua-dua presiden parti itu.

“Tiada sebarang perbezaan, jurang persefahaman antara ketiga-tiga kami, kami bersatu hati bawah semangat keluarga PN,” ujarnya.

Annuar: Muafakat Nasional sedia hadapi ‘kejutan’ politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker