Satelit Saiz Kotak Bijirin Berharga RM16.7 Juta Pantau Planet Baharu

Satelit Saiz Kotak Bijirin Berharga RM16.7 Juta Pantau Planet Baharu

DENVER, Colorado – Sebuah satelit bersaiz kotak bijirin Cheerios berharga  AS$4 juta (RM16.7 juta) akan dihantar ke angkasa lepas untuk misi  tinjauan khas pada hujung bulan ini, lapor akhbar Daily Mail  kelmarin,

Penghantaran satelit istimewa itu bertujuan meneroka keadaan fizikal planet yang terletak jauh dari sistem solar dikenali sebagai ‘Hot Jupiters’ yang juga merupakan planet terpanas pernah dijumpai.



Dikenali sebagai Eksperimen Transit Ultraungu  Colorado (CUTE), satelit kubus (CubeSat) berbentuk kapal angkasa itu akan melakukan misi selama tujuh bulan untuk meninjau planet-planet berkenaan.

Ia juga merupakan misi pertama CubeSat yang dibiayai oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) untuk meninjau planet di luar sistem solat dan melihat apa yang mampu dilakukan oleh teknologi tersebut.

“Ini adalah eksperimen yang dilakukan NASA untuk mengkaji sejauh mana teknologi yang mampu digunakan dengan satelit kecil.



“Ia penyelidikan menarik tetapi dalam masa sama agak menakutkan,” kata penyelidik utama Laboratorium Fizik Atmosfera dan Angkasa Angkasa (LASP) Universiti Boulder, Kevin France.

CubeSat akan berlepas ke angkasa dengan roket United Launch Alliance Atlas V di samping satelit Landsat 9 dari Pangkalan Angkasa Vandenberg di Lompoc, California pada 27 September ini.

Menurut NASA, planet-planet di kawasan ‘Hot Jupiters’ adalah gas raksasa yang mengorbit bintang-bintang mereka dalam jarak dekat.



Salah satu planet itu, KELT-9b ditemui pada Jun 2017 dan mempunyai suhu 4,315 darjah Celcius. Ia hanya memerlukan masa satu setengah hari untuk mengorbit bintangnya. – Agensi

Satelit Saiz Kotak Bijirin Berharga RM16.7 Juta Pantau Planet Baharu


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan



Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker