Komplot belot Presiden, Tok Mat perlu jawab

SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan perlu memberi penjelasan terhadap tuduhan beliau dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan pernah berkomplot menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekitar Mei tahun 2020.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, pencerahan daripada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu amat penting untuk menenangkan kegusaran akar umbi parti memandangkan dakwaan komplot berkenaan, sekiranya benar, harus dianggap satu polemik besar.

“Sekiranya dakwaan ada gerakan daripada Tok Mat, Bosku (Najib) dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO lain terhadap Presiden (UMNO), itu satu tuduhan berat.

“Saya fikir sekarang ini merupakan masa terbaik untuk Timbalan Presiden UMNO mengeluarkan penjelasan kepada akar umbi parti bagi menenangkan mereka. Ini satu polemik besar dan Tok Mat harus menjawabnya,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Premium pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa terdapat satu perjumpaan tertutup antara pemimpin parti itu bagi menjatuhkan Ahmad Zahid.

Dalam sidang media khas selama sejam setengah di Petaling Jaya, Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut mengakui pertemuan tertutup itu diadakan di rumahnya yang diketuai Tok Mat dan Najib sendiri.

Lebih menarik, Tajuddin turut mendakwa sejumlah 130 ketua bahagian setuju dengan komplot itu, namun gerakan berkenaan gagal apabila Tok Mat belot dan membuat pusingan U selepas digertak ‘orang’ Ahmad Zahid.

Mengulas lanjut, Armand Azha yang juga Ahli Dewan Negara turut mencadangkan Tajuddin dan Ahmad Zahid supaya mengadakan satu pertemuan tertutup bagi mencari titik perdamaian di antara dua pihak berkenaan.

Tajuddin menunjukkan gambar perjumpaan antara pemimpin UMNO untuk menjatuhkan Ahmad Zahid.
Tajuddin menunjukkan gambar perjumpaan antara pemimpin UMNO untuk menjatuhkan Ahmad Zahid.

 

DUDUK BINCANG

Mengakui tindakan pendedahan isu dalaman UMNO oleh Tajuddin tidak patut berlaku, Armand Azha bagaimana tidak melihat sebarang langkah drastik terhadap bakal Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu bakal menguntungkan parti.

“Saya hendak cadangkan supaya Tajuddin dan Presiden UMNO duduk berbincang secara tertutup dan cara kaedah penyelesaian lebih harmoni kerana kedua-duanya merupakan sahabat baik yang datang dari negeri sama, Perak.

“Saya tidak fikir sekiranya satu tindakan drastik terhadap Tajuddin, termasuk cadangan pemecatan keahlian beliau daripada UMNO, satu langkah penyelesaian baik.

“Saya minta pucuk kepimpinan UMNO tidak mengambil tindakan terburu-buru kerana dibimbangi langkah sedemikian akan membawa parti ke arah perpecahan. Lebih baik kita selesai isu sebegini secara perdamaian adik-beradik,” ujarnya lagi.

AHMAD MASLAN GARIS LAPAN KEJAYAAN ZAHID

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sewaktu dihubungi menegaskan, adalah amat penting bagi akar umbi menilai kredibiliti dan keupayaan seseorang pemimpin daripada hasilnya, dan bukan berdasarkan kritikan tidak berasas.

Menggariskan lapan kejayaan penting dikecapi UMNO sejak dipimpin Ahmad Zahid, Tok Mat dan ahli-ahli MKT sehingga kini, Ahli Parlimen Pontian itu tetap yakin pasukan kepimpinan sedia mampu membawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi semula Malaysia dengan kemenangan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Dalam perjuangan, yang penting adalah hasilnya. Antara hasil perjuangan UMNO diketuai Presiden UMNO sehingga kini adalah menang tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK), meningkatkan jumlah wakil rakyat di Sabah daripada satu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada 16 ADUN dan mengambil alih kerajaan Perak.

“Selain itu, kita berjaya menang dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Melaka serta memastikan rakan karib BN di Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang 76 daripada 82 kerusi DUN pada PRN negeri berkenaan.

“Kita juga menang dengan majoriti dua pertiga pada dua PRN, berjaya mendesak Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri kesembilan dan paling penting, memastikan Perdana Menteri disahkan dalam mesyuarat MKT sebagai ‘poster boy’ untuk PRU15,” ujarnya kepada Sinar Premium pada Selasa.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker