ZIZI AKUI MASIH BELUM LAYAK DIPUJI [VIDEO]

ZIZI AKUI MASIH BELUM LAYAK DIPUJI

ZIZI AKUI MASIH BELUM LAYAK DIPUJI

“Setiap pujian yang diberikan, masih belum layak untuk saya terima. Apa yang anda tonton atau dengar adalah milik Tuhan. Saya cuma meminjam saja. Saya percaya dalam keadaan ‘lockdown’ sekarang ini ramai yang mungkin tertekan, jadi saya buat bacaan sebegitu supaya dapat menyejukkan atau tenangkan hati mereka. Lebih-lebih lagi surah al-Kauthar ini berkaitan mendapatkan ketenangan jiwa.

“Saya memang suka belajar tarannum dan bila mengaji saya suka menggunakan tarannum soba dan hijaz. Tapi kali ini melalui surah ini saya ingin mencuba tarannum rast dan sikah kerana lenggok dan patah untuk lagukannya memberi cabaran baru kepada saya,” kata penyanyi Zizi Kirana.

Zizi berharap alunan tarannum rast dan sikah dari surah al-Kauthar yang dikongsikan di laman Instagram miliknya dapat memberi sedikit ketenangan kepada seluruh individu yang kini berdepan dugaan wabak Covid-19.

ZIZI AKUI MASIH BELUM LAYAK DIPUJI

Video bacaan yang dimuat naik Zizi itu menerima pujian daripada rakan selebriti dan pengikut yang rata-ratanya terpukau dengan kemerduan alunan tarannum yang dibawanya.

[videopress bzGEmWmJ]

Meskipun begitu, penyanyi lagu ‘Eh’ itu mengakui belum layak menerima sebarang pujian dan menganggap masih dalam proses pembelajaran. Menurut Zizi, dia memilih surah terbabit kerana sebagai bacaannya yang pendek dan mudah untuk dialunkan.

“Surah ini selalu kita baca dalam solat. Lagipun untuk belajar sesuatu yang baru, tak boleh ayat yang terus panjang, kita cuba yang pendek dulu. Ustaz Fakhrul, ustazah Farhatul dan ustazah Asni antara guru-guru yang sering saya rujuk. Alhamdulillah mereka sudi membimbing mengenai bacaan al-Quran yang betul,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi nasyid Fakhrul UNIC berkata, Zizi antara kenalannya yang bersemangat mengaji al-Quran dalam diam. Menurutnya, Zizi kerap membaca al-Quran dan sering menghubunginya untuk mendapatkan kepastian mengenai bacaan yang betul. Fakhrul juga kagum dengan semangat Zizi yang bersungguh-sungguh mahu mempelajari bacaan al-Quran dengan baik.

“Zizi memang berbakat dalam mengaji al-Quran. Dia selalu bertanya atau rujuk kepada saya, malah kalau ada waktu terluang saya akan buat kelas menggaji bersama rakan-rakan rapat dengan niat untuk membantu mereka. Apa yang saya nampak, Zizi seorang yang bersungguh-sungguh nak belajar mengaji.

“Dia kerap bertanya saya mengenai bacaan yang betul. Zizi juga selalu menghubungi saya untuk mendapatkan rujukan mengenai bacaannya, lebih-lebih lagi kalau dia kena buat persembahan. Dia bukanlah seorang yang terus rakam, tapi dia akan tanya sifu untuk betulkan bacaannya,” jelasnya.

Menurut Fakhrul, alunan merdu surah al-Kauthar yang dikongsikan di Instagram cukup baik dan berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

“Sebelum dia muat naik video itu, dia selalunya akan rujuk dengan saya berkenaan bacaannya. Dia ingin pastikan bacaan surah yang disampaikannya betul.

“Saya seronok melihat Zizi kongsi perkara yang baik di media sosialnya. Dan saya tengok peminat dia pun suka. Saya bersyukur apabila perkongsiannya itu diterima baik oleh semua. Sekurang-kurangnya mereka dapat belajar dan menarik orang lain untuk sama-sama mendalami al-Quran,” akhirinya.

ZIZI AKUI MASIH BELUM LAYAK DIPUJI

ZIZI AKUI MASIH BELUM LAYAK DIPUJI

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


AMYRA ROSLI SETIA SOKONG AMAR BAHARIN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker