AMYRA ROSLI SETIA SOKONG AMAR BAHARIN



AMYRA ROSLI SETIA SOKONG AMAR BAHARIN

AMYRA ROSLI SETIA SOKONG AMAR BAHARIN

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Amar Baharin dilihat semakin hari, semakin mendekatkan diri dengan agama. Ketika Covid-19 melanda dunia, Amar atau nama penuhnya Amar Mohd Baharin, 35, sering berkongsi hantaran video menghafaz Al-Quran dan surah. Antara surah yang pernah dimuat naik adalah Al-Kahfi, Al-Mulk dan Al-Fiil.

Tidak keseorangan, isteri tercinta iaitu pelakon Amyra Rosli, 30, juga menyokong aktiviti harian suaminya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan rapat dan pengikut memuji dengan kelunakan suaranya.

@aiman.zain: “Hehe… kawan baik saya. This is the Amar, dulu budak surau kat asrama. – @shaahanafi: “Wakil Sekolah Agama Masjid Abu Bakar. – @maryum.mu: “Alhamdulillah.. Pandainya dia, tajwidnya bagus. Mahorijul hurufnya juga hampir sempurna.

Selain muhasabah diri, Amar banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti senaman angkat berat. Untuk makluman, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, Ayra Aryssa, 1.




Dalam perkembangan lain, Amar merupakan salah seorang pelakon drama ‘Derita Untuk Bahagia’ dan ‘Hati Yang Dikhianati’.

AMYRA ROSLI SETIA SOKONG AMAR BAHARIN

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


BILA MUKA AMYRA ROSLI TERKENA MINYAK PANAS: “AMAR SAYANG LAGI TAK…?”

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.