Kemalangan maut Lebuh Raya MEX: BMW rempuh Honda CR-V, penumpang maut tercampak [VIDEO]

Seorang maut manakala dua lagi iaitu pemandu kenderaan cedera selepas terlibat dalam nahas dua buah kenderaan di Lebuh Raya MEX Kilometer (KM) 15 menghala ke Kuala Lumpur, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta BMW dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V, pada pukul 3.05 petang.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada kereta BMW yang hilang kawalan sebelum melanggar belakang kanan Honda CR-V yang juga datang dari arah Putrajaya.



“Akibat pelanggaran itu, kereta Honda CR-V terbabas di tepi kiri jalan manakala kereta BMW berpusing menyebabkan penumpang hadapan tercampak ke atas jalan raya sebelum kereta terbabas ke bahu jalan.

“Penumpang, lelaki tempatan berusia 30 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat Penyelia sebuah syarikat pengangkutan berkenaan dibawa ke Forensik Hospital Serdang bagi tujuan post mortem,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemandu BMW, 29, merupakan seorang Pengurus syarikat kejuruteraan mendapatkan rawatan lanjut di hospital swasta kerana bengkak belakang leher.



Seterusnya, pemandu CR-V, 73, merupakan pesara telah mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya dan disahkan mengalami keretakan pada leher

“Pemilik kamera papan pemuka (dashcam) iaitu saksi kenderaan lain sewaktu kejadian telah dihubungi dan akan hadir ke IPD Serdang dalam masa terdekat kerana berada di luar kawasan.

“Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,”jelasnya. -KOSMO! ONLINE



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramYoutube, & TikTok

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker