Pelacur sembunyi bawah tilam elak dicekup

Pelacur sembunyi bawah tilam elak dicekup
Pelacur sembunyi bawah tilam elak dicekup

Bersembunyi di bawah tilam bagi elak dicekup pihak berkuasa.

Namun tindakan pelanggan lelaki bersama dua pelacur warga asing itu berjaya dikesan polis yang melakukan serbuan di sebuah hotel bajet di Pudu di sini, yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.

Serbuan pada 5.40 petang hari ini oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, seramai 23 individu termasuk warga asing berusia antara 30 hingga 61 tahun berjaya ditahan.

Menurutnya, kesemua yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki yang bekerja sebagai ulat pelacur, 12 wanita warga asing iaitu 10 warga Vietnam dan dua warga China yang bekerja sebagai pelacur serta lima pelanggan.

“Soal siasat awal mendapati ulat pelacur akan mencari pelanggan dalam kalangan orang tempatan dan warga asing. Mereka mampu meraih pendapatan sehingga lebih RM3,000 sebulan.

“Pelanggan perlu membayar antara RM50 hingga RM100 untuk melanggan pelacur,” katanya kepada pemberita.

Nasri berkata, pemeriksaan di hotel berkenaan turut menemui 30 keping kondom yang disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B dan 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. HM

Pelacur sembunyi bawah tilam elak dicekup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelacur guna kondo tawar khidmat seks

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker