HM4P: Azeez Rahim berlepas ke Jordon


HM4P: Azeez Rahim berlepas ke Jordon

Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim diberi kebenaran untuk ke luar negara bagi mengetuai misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza, kata Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud.

Abdul Azeez berlepas ke Jordan malam tadi bagi misi tersebut.

Menurut Khairul Dzaimee, Abdul Azeez telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan misi berkenaan berserta dokumen lain seperti surat sokongan daripada Wisma Putra dan surat pelepasan daripada mahkamah kepada Imigresen pada minggu lepas.

Beliau berkata permohonan itu telah diluluskan Jawatankuasa Khas Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) dan Menteri Dalam Negeri yang menilai permohonon tersebut berdasarkan bantuan kemanusiaan.

“Tiada isu (untuk Abdul Azeez ke luar negara) kerana beliau mengemukakan permohonan berserta surat sokongan yang berkaitan,” katanya kepada Bernama hari ini berhubung perjalanan ke luar negara melibatkan Abdul Azeez ketika Malaysia masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Misi kemanusiaan HM4P selama dua minggu anjuran Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang Abdul Azeez adalah Pengerusinya, bertujuan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi tersebut yang terjejas selepas serangan tentera Zionis bulan lepas.


Ahmad Maslan mengucapkan selamat jalan kepada Azeez di KLIA

Abdul Azeez berhadapan tiga pertuduhan rasuah berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah melibatkan RM5.2 juta serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM140 juta di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Media sebelum ini melaporkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi telah membenarkan permohonan Abdul Azeez supaya pasport antarabangsa miliknya diserahkan semula buat sementara waktu mulai 10 Jun hingga 20 Julai 2021 bagi tujuan misi tersebut.

Khairul Dzaimee berkata kebenaran perjalanan tersebut diberikan dengan syarat penyertaan bagi misi tersebut tidak boleh melebihi 10 orang, selain tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Pada 25 Mei lalu, Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi pendakwah terkenal, Ebit Lew, mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada SOP semasa.

HM4P: Azeez Rahim berlepas ke Jordon


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Penggunaan ICU melebihi kapasiti satu kejayaan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker