Euro2020: Bintang Ukraine ejek Ronaldo, Pogba


Euro2020: Bintang Ukraine ejek Ronaldo, Pogba

Pemain sayap Ukraine, Andriy Yarmolenko secara berseloroh mengejek Cristiano Ronaldo dengan meminta Coca-Cola dan Heineken untuk menajanya.

Ronaldo, 36, menjadi tumpuan minggu ini pada sidang media selepas dia mengalihkan dua botol Coca-Cola dari mejanya dan meminta orang ramai minum air kosong.

Perkara sama dilakukan oleh Paul Pogba, yang beragama Islam dan tidak meminum alkohol, apabila dia mengalihkan bir Heineken dari mejanya pada sidang media selepas Perancis melakar kemenangan ke atas Jerman.



Bintang Itali, Manuel Locatelli turut mengalihkan botol Coca-Cola dari mejanya pada sidang media.

Bagaimanapun Yarmolenko mengambil pendekatan berbeza pada sidang media selepas Ukraine melakar kemenangan 2-1 ke atas Macedonia Utara apabila dia mengalihkan botol minuman itu ke perhatian kamera.

Pemain West Ham berusia 31 tahun itu berkata: “Boleh saya lakukan sesuatu? Saya nampak Ronaldo melakukan perkara ini.

“Saya mahu mengalihkan (botol Coca-Cola) ke sini dan bir ke sana. Coke dan Heineken, sila berhubung dengan saya.”



Reaksi Yarmolenko hanya beberapa jam selepas pemain antarabangsa Scotland, John McGinn turut melakukan jenaka mengenai botol minuman berkenaan.

Apabila dia tiba di sidang media dan menyaksikan hanya minuman air kosong di atas meja, dia kemudian bertanya: “Di mana Coke?” HM

Euro2020: Bintang Ukraine ejek Ronaldo, Pogba


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Wanita herdik polis di SJR disiasat Polis Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker