Langgar SOP, staf hospital turut dikompaun
Langgar SOP, staf hospital turut dikompaun melibatkan lima kakitangan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Piliah kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Amran Mohd Gani berkata, mereka dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau menulis pada buku daftar ketika memasuki premis.
Katanya, mereka dikenakan tindakan itu dalam satu operasi bersepadu pematuhan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 membabitkan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah, HTAN dan polis daerah yang diadakan jam 8.30 malam tadi, menurut laporan Berita Harian.
“Operasi bersepadu itu dijalankan atas permintaan pengurusan HTAN sendiri selepas pihak berkenaan mendapati kadar pematuhan yang rendah terhadap SOP PKP 3.0 dalam kalangan warga kerja hospital itu.
“Seramai 10 pegawai dari ketiga-tiga agensi terbabit dalam operasi berkenaan dan lima individu dikenakan kompaun,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, pihaknya turut memberikan nasihat kepentingan SOP semua kakitangan HTAN dan orang ramai yang berurusan di situ mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.
“Adalah menjadi harapan kita agar semua lapisan masyarakat benar-benar patuh kepada SOP supaya usaha mengekang penularan wabak Covid-19 ini berjaya,” katanya.
Langgar SOP, staf hospital turut dikompaun
Baca Artikel Menarik :
- Fahmi Redza mocking Perak MB
- Nasihat Muhyiddin pada Agong tak memuaskan – Anwar
- Raja-Raja Melayu Sudah Bersuara
- Saintis Facebook bangunkan perisian kesan imej ‘deepfake’
- Rizalman merajuk, padam ribuan gambar dalam Instagram
- Resepi ikan tenggiri bumbu merah sedap
Layari Laman Facebook MYKMU NET