JAIS percaya Encik Sajat di luar Selangor

 

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melaksanakan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang dipercayai berada di luar negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, setakat ini JAIS tidak dapat mengesan usahawan kosmetik itu di Selangor.

Bagaimanapun katanya, beliau yakin dengan keupayaan polis mengesan Nur Sajat dan diserahkan kepada penguat kuasa JAIS untuk dibawa ke Mahkamah Syariah.

“Polis mungkin berjaya mengesan Nur Sajat di luar Selangor dan kalau di negeri ini, penguat kuasa JAIS tiada masalah untuk menangkap bagi melaksanakan perintah mahkamah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mohd Shahzihan berkata, bidang kuasa JAIS untuk melaksanakan waran tangkap daripada mahkamah syariah terhad di negeri Selangor sahaja.

“Apabila Nur Sajat cuba melarikan diri dari negeri (Selangor), kita meminta bantuan polis untuk melaksanakan perintah mahkamah dengan mengesan beliau di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Katanya, tindakan JAIS untuk melaksanakan waran tangkapan itu perlu dilaporkan kepada Mahkamah Syariah.

Encik Sajat ‘dah tak nak jadi orang Islam’

Sebuah portal berita berita melaporkan, polis Selangor sudah mengetahui tempat persembunyian Nur Sajat.

Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee@Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Waran Tangkap: Encik ‘SAJAT” sila beri kerjasama – JAIS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker