Rakyat perlu patuh SOP ketika PKPB – Wan Junaidi

Kuching, 26hb Mei 2020

Hari ini saya berpeluang melawat ke dua buah pusat membeli-belah di Kuching, Sarawak iaitu di Vivacity Mall dan Everrise Green Height Supermarket.

Tujuan saya untuk membuat pemerhatian kepada perkembangan perniagaan di Kuching, Sarawak dan saya amat berpuas hati kerana melihat adanya urusan jual beli dan ramai pengunjung yang hadir walaupun tidak seperti waktu-waktu biasa (sebelum PKP) tetapi ia masih menunjukkan perkembangan positif.

Keputusan kerajaan melonggarkan sekatan bagi beberapa lagi tempat dan perniagaan termasuk membuka semula pusat membeli-belah serta gedung serbaneka adalah tepat untuk perkembangan ekonomi negara terutamanya di Sarawak.



Hampir semua kedai di Vivacity Mall sudah dibuka dan beroperasi. Namun begitu, pelonggaran sekatan ini masih membuat pengunjung agak berjaga-jaga. Kedai-kedai nampaknya mengamal SOP ditetapkan oleh kerajaan dengan mengambil nama dan mengambil suhu badan dan memberi sanitizer kepada pengunjung.

Saya juga menyeru agar pengunjung memberi kerjasama kepada pekedai dan kerajaan, dan semua peniaga wajib untuk mengikuti syarat SOP yang ditetapkan (seperti ambil suhu badan, mencatit nama dan diberikan hand sanitizer kepada pengunjung yang memasuki kedai).

Situasi ini akan dinilai secara berkala demi memastikan kuman virus ini dapat dihentikan.

Kerajaan Negeri Sarawak masih mengekalkan penguatkuasa Perentah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ketat dan setiap tetamu luar yang ingin masuk ke Negeri Sarawak, wajib di kuarantin sebelum dibenarkan masuk ke Sarawak. Ini adalah penting untuk kepentingan semua



Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
#StayAtHome
#KitaJagaKeluargaKita
#UsahawanJanganPutusAsa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker