Najib masih ahli Parlimen

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion masih kekal sebagai ahli Parlimen sehingga beliau menerima perintah kebankrapan.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, pengamal undang-un­dang, Mohamed Haniff Khat­ri Abdulla berkata, terdapat pro­ses undang-undang yang perlu dilalui oleh mana-mana pihak termasuk bekas Perdana Menteri itu sendiri sebelum seseorang terbabit diisytiharkan muflis.

Ujarnya, buat masa ini kes membabitkan bekas Perdana Men­teri itu masih di peringkat awal apabila beliau telah me­ne­rima notis bankrap dan perlu berhadapan prosiding ke­bankrapan.



Katanya, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kerusi Parlimen atau ADUN gugur secara automatik.

“Namun ia bergantung kepada mahkamah sama ingin menggantung kesan perintah kebangkarapan atau sebaliknya,” katanya.

Selain itu, peguam Datuk Shaharudin Ali memaklumkan, mana-mana pihak termasuk Najib boleh membela diri sekiranya berhadapan prosiding kebangkarapan.

“Buat masa kini Najib masih kekal ahli Parlimen kerana beliau masih belum diisytiharkan muflis. Beliau ada hak membela diri terhadap notis difailkan terhadapnya,” katanya.



Selepas lapan bulan penghakiman terus dikeluarkan pada 22 Julai tahun lalu sehingga notis kebankrapan difailkan pada 4 Februari lalu, beliau belum membayar apa-apa tunggakan sebaliknya memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu.

Dalam keputusannya yang disampaikan melalui emel, Ha­kim Ahmad menyatakan, Najib boleh mengadakan run­di­ngan dengan LHDN (plaintif) untuk menjelaskan tunggakan cukai secara ansuran sementara menunggu satu lagi rayuannya di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT), dilupuskan.

Penghakiman bertulis setebal 25 muka surat itu menyatakan, kegagalan menangguhkan pelaksanaan penghakiman terus bukan satu kehilangan kepada Najib kerana beliau masih boleh berunding dengan LHDN untuk membuat beberapa pembayaran sementara menunggu rayuannya dilupuskan.

Ini kerana, Peguam Kanan Hasil telah membayangkan kepada mahkamah bahawa beliau telah membuat pertemuan dengan pegawai LHDN untuk perbincangan, namun hingga kini tiada usaha dibuat untuk menjelaskan sebarang pembayaran dalam bentuk ansuran.



Menurut Hakim Ahmad, LHDN telah mewujudkan skim pembayaran yang membolehkan pembayar cukai dibenarkan membayar tunggakan cukai secara ansuran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak secara `situasi menang-menang’.

Ujar beliau, mahkamah sedia maklum mengenai amalan baik seperti itu kerana kira-kira 90 peratus kes-kes kegagalan membayar cukai di mahkamah dalam tempoh setahun, diselesaikan dengan cara tersebut bagi mengelakkan perbicaraan yang tidak perlu dan menjimatkan masa mahkamah.

Selain itu, menurut beliau, pujian harus diberikan kepada pegawai-pegawai LHDN yang sentiasa terbuka mengadakan perbincangan dengan pembayar cukai ketika tempoh sukar pandemik Covid-19 selain mematuhi undang-undang bahawa cukai boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Mahkamah berpuas hati bahawa defendan tidak mempunyai alasan yang kukuh bagi membolehkan mah­kamah me­nangguhkan pe­laksanaan peng­hakiman terus terhadapnya.



Hakim Ahmad berpendapat, Najib gagal menunjukkan keadaan-keadaan istimewa yang boleh memuaskan hati mahkamah.

Beliau menyentuh hujah peguamnya bahawa Najib berisiko kehilangan kedudukan sebagai Ahli Parlimen kerana prosiding kebankrapan telah difailkan terhadapnya.

Mahkamah bagaimanapun bersetuju dengan plaintif bahawa hujah kerana ‘takut kehilangan’ itu tidak boleh dikaitkan dengan keadaan istimewa.

Hakim Ahmad turut berpendapat, LHDN mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk memberikan pampasan kepada defendan jika beliau berjaya dalam rayuannya di SCIT.
LHDN selaku plaintif ketika berhujah diwakili oleh Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad manakala Najib diwakili oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah. – UTUSAN



 

Najib masih ahli Parlimen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Aliff kena masuk kelas masakan sebelum jual produk makanan – Chef Wan



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker