Mahathir: Krisis sekarang perlu orang lama
Mahathir: Krisis sekarang perlu orang lama
Krisis sekarang perlu pengalaman orang lama’, Mahathir nafi gila kuasa cadang MAGERAN
“Masalah ini perlukan pengalaman orang lama,” kata bekas perdana menteri ke-4 dan ke-7 Dr Mahathir Mohamad apabila beliau didakwa “gila kuasa” kerana mencadangkan penubuhan sebuah badan mirip Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk membawa negara keluar daripada pelbagai kemelut akibat pandemik Covid-19.
Mahathir berkata, krisis yang dihadapi negara ketika ini lebih buruk berbanding situasi ketegangan antara kaum yang ditangani MAGERAN pada 1969 dan oleh itu memerlukan individu berpengalaman sepertinya.
“Saya tidak fikir untuk diri saya sendiri. Kalau saya fikir diri sendiri, saya pun nak berehat macam orang lain…masalah ini perlukan pengalaman orang lama.
“Saya sudah tangani pelbagai masalah, antaranya krisis kewangan, mata wang…saya ada 22 tahun pengalaman mentadbir negara. Jika nak tolak, tidak mengapa tapi saya sanggup berkhidmat walaupun dah tua,” katanya dalam wawancara Sinar Harian.
Beliau cuba menyakinkan khalayak bahawa sudah cukup baginya menjadi perdana menteri sebanyak dua kali.
“Saya akan pergi juga sama ada sampai (usia) 100 atau tidak,” katanya.
Mahathir berkata, banyak orang datang kepadanya meminta pandangan dan menyuruh beliau “bertindak”.
“Biarlah apa pun yang orang nak cakap tapi saya masih lagi tak cakap mengarut, boleh buat analisa dan membaca buku untuk tambah ilmu.” FMT
Mahathir: Krisis sekarang perlu orang lama
Baca Artikel Menarik :
- Punca Lelaki Sembunyi Di Bawah Gaun Pengantin Perempuan [VIDEO]
- Tiada ruang kerjasama dengan Najib, Mahathir ulangi pendirian
- Doktor pelatih lakukan seks dan cabul pesakit didakwa
- ‘Saya Nak Cuba Berkhidmat, Bukan Nak Jadi Pembesar Negara’ – Mahathir
- “Dulu Check Boarding Pass, Sekarang Check MySejahtera” [VIDEO]
- Resepi Kuih Jongkong Perak
Layari Laman Facebook MYKMU NET