Kerajaan lulus vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak

Sebaran :

Kerajaan lulus vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak

Kerajaan lulus vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak

PETALING JAYA: Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas kini boleh menerima vaksin Covid-19 buatan Pfizer-BioNTech, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Sebelum ini, vaksin ini hanya diluluskan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), sebuah agensi bawah kementerian kesihatan yang bersidang pada hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan memberikan persetujuan bersyarat untuk penggunaan vaksin dos tunggal CanSino dan Johnson & Johnson.

Menurut Hisham, persetujuan untuk vaksin Johnson & Johnson, yang akan diperoleh melalui kemudahan vaksin Covax ini dilaksanakan melalui mekanisme perakuan (recognition) ke atas kelulusan WHO EUL.

“KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan, dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

Kerajaan lulus vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Aliff kena masuk kelas masakan sebelum jual produk makanan – Chef Wan

 


Sebaran :

Leave a Reply