Ketua pereka ZARA anti Palestine

Ketua pereka ZARA anti Palestine

Ketua pereka ZARA anti Palestine

Ketua pereka Zara cetus kemarahan, didakwa keluar kenyataan anti-Palestin

LABEL fesyen terkemuka Zara menjadi sasaran kemarahan selepas seorang perekanya didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk retorik anti-Palestin.

Vanessa Perilman, Ketua Pereka Fesyen (wanita) Zara didakwa membuat komen kontroversi itu dalam mesej balasan terhadap entri pro-Palestin yang dimuat naik seorang model.

“Mungkin jika bangsa anda terdidik dengan baik, mereka tidak akan meletupkan hospital dan sekolah yang dibiayai Israel di Gaza,” kata Perilman dalam komen kepada Qaher Harhash, seorang model berketurunan Palestin.

“Orang Israel tidak mengajar kanak-kanak untuk membenci atau melempar batu ke arah tentera seperti yang dilakukan orang Palestin.

“Mereka dalam industri fesyen tahu kebenaran tentang Israel dan Palestin dan saya tidak akan berhenti membela Israel.

“Orang seperti anda akan datang dan pergi akhirnya,” sambung Perilman.
Perilman bagaimanapun telah memadam akaun Instagramnya dan laman media sosial yang lain selepas kenyataannya itu tersebar.

Berikutan itu, warganet mengemukakan aduan rasmi kepada Zara namun label tersebut belum mengambil tindakan.

Mereka sebaliknya membalas dengan kenyataan umum tentang bagaimana Perilman sudah “meminta maaf” dan ia diterima oleh Harhash. Awani

Ketua pereka ZARA anti Palestine


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Caprice akan ke Gaza cari Ebit Lew?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker