Caprice akan ke Gaza cari Ebit Lew?

Caprice akan ke Gaza cari Ebit Lew?

Caprice akan ke Gaza cari Ebit Lew?

Sentiasa berhubung dengan Ebit Liew, Caprice dedah akan ke Gaza hujung Jun

Penyanyi rap tanah air, Ariz Ramli atau lebih dikenali Caprice menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa mendoakan keselamatan ustaz Ebit Liew dalam misi kemanusiaannya ke Gaza ketika ini.

Menurut Caprice, 33, dia berjaya menghubungi Ebit Liew selepas pendakwah terkenal itu didakwa ‘hilang’ kerana dipercayai sudah beberapa hari tidak mengemas kini media sosialnya berhubung aktiviti kemanusiannya di Mesir.

“Tiba-tiba, ramai menghantar mesej kepada saya sejak tiga hari lalu bertanyakan perkembangan Ebit Liew selepas muncul dakwaan yang dia ‘hilang’.

“Alhamdulilah … kami selalu berhubung menerusi aplikasi WhatsApp. Saya pun terkejut dan terus menghantar mesej WhatsApp untuk bertanya keadaanya di sana.”

“Saya bertanya, “Are you okay? Orang kata Ustaz hilang, kalau okay balas secepat mungkin and then he replied tak sampai 10 minit kemudian,” katanya ketika ditemu bual Astro Awani pada Sabtu.

Menuut Caprice, Ebit Liew dalam perbualan itu turut meminta rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatannya.

“Ustaz berpesan agar semua doakan untuk beliau, alhamdulilah dia dalam keadaan baik,” jelasnya lagi.

Bakal ke Gaza hujung Jun ini

Tegas Caprice, beliau sentiasa memberikan sokongan kepada Ebit Liew atas semua kerja kebajikan yang dijalankan pendakwah itu.

“Alhamdulilah Caprice sendiri telah dijemput untuk ke Gaza, sepatutnya kami bertolak dalam tempoh dua minggu ini, namun selepas kerajaan mengumumkan lanjutan pelaksanaan Peringtah Kawalan Pergerakan 3.0 sehingga hujung bulan ini, kemungkinan kita akan bertolak hujung bulan ini.

“Saya tidak sabar nak ke sana (Palestin) terutamanya selepas Instagram Live saya sebelum ini, banyak perkongsian dan networking dengan orang dI Palestin and Israel.

Menurut Caprice lagi, kunjungannya ke sana untuk membantu demi Ummah dan atas dasar kemanusiaan.

Dia turut berkata, penaja yang menjayakan kunjungannya ke Gaza akan didedahkan suatu masa kelak.
Bangga solidariti rakyat Malaysia dengan Palestin

Meski pun isu Gaza ibarat tiada penghujungnya, namun jelas Caprice solidariti yang ditunjukkan rakyat Malaysia serta masyaakat sivil di seluruh dunia amat menakjubkan.

Malah protes aman terhadap tindakan rakus rejim Israel dilakukan di beberapa negara besar dengan memberi tekanan agar krisis kemanusiaan di Gaza berakhir.

“Saya bersyukur sejak kita ada (aplikasi) media sosial seperti Tik Tok, kesedaran tentang Palestin ini semakin meningkat.

Caprice turut berharap solidaritii yang dipamerkan masyarakat di Paris, New York, Dublin, United Kingdom dan Malaysia begitu mengagumkan dan akan berterusan.

Justeru, katanya rakyat Malaysia diharapkan sentiasa berdoa dan memberikan sokongan kepada saudara di Palestin agar bebas daripada cengkaman Zionis.

“Perjuangan ini sudah lama dan berpanjangan dan akan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan,” tambahnya. Awani

Caprice akan ke Gaza cari Ebit Lew?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


“Doakan Yer, Alhamdulillah Semua Dalam Keadaan Baik” – Ebit Lew

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker