“Doakan Yer, Alhamdulillah Semua Dalam Keadaan Baik” – Ebit Lew

"Doakan Yer, Alhamdulillah Semua Dalam Keadaan Baik" – Ebit Lew

Doakan Yer, Alhamdulillah Semua Dalam Keadaan Baik – Ebit Lew

Selepas tidak langsung mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu, kerisauan ramai terhadap keadaan pendakwah bebas, Ebit Lew terjawab apabila kembali berkongsi hantaran terbaharu dalam laman sosial.

Ebit atau nama lengkapnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew memberitahu semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.



"Doakan Yer, Alhamdulillah Semua Dalam Keadaan Baik" – Ebit Lew

“Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya ringkas seperti dipetik hantaran status Instagram hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, tindakan pendakwah kesayangan ramai itu tidak mengemas kini beberapa laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menimbulkan kegusaran buat seluruh rakyat negara ini, terutama pengikutnya.

 



Semakan di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya sebelum ini mendapati kali terakhir Ebit membuat hantaran adalah pada 27 Mei lalu.

Rata rata netizen memanjat rasa bersyukur dengan berita ini.

"Doakan Yer, Alhamdulillah Semua Dalam Keadaan Baik" – Ebit Lew

Jumaat lalu, Kementerian Luar Negeri memaklumkan sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai Ebit yang dipercayai masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.

Ebit telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.



Difahamkan, pendakwah bebas yang bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent telah membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan sebanyak dua treler besar dan beberapa buah lori untuk dihantar terus ke hospital di Gaza.

Doakan Yer, Alhamdulillah Semua Dalam Keadaan Baik – Ebit Lew


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Misi kemanusiaan Ebit berjalan lancar, akan pulang tidak lama lagi – Hishammuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker