53,200 rumah tak terjual? Di mana silapnya?

Masalah lambakan rumah tidak terjual di negara ini menimbulkan 1,001 persoalan tentang di manakah silapnya sehingga perkara ini boleh berlaku?

Sedangkan permintaan dalam kalangan penduduk tempatan untuk mendapatkan rumah sendiri adalah tinggi tidak kira sama ada di kawasan bandar mahupun pedalaman.

Perkara itu diluahkan oleh Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof Zainur Rashid Zainuddin susulan daripada laporan hampir 53,200 buah rumah bernilai RM40 bilion tidak terjual sepanjang tahun lalu.

“Orang ramai pasrah menunggu peluang buat sekian lama, namun entah bila ia akan berkunjung tiba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berasa hairan apabila melihat ramai warga asing mampu memiliki aset hartanah di negara ini.

Bahkan, dakwanya, warga China mencapai bilangan tertinggi bagi pembelian rumah di negara ini.

“Siapakah yang akan perjuangkan agenda ini dari kalangan pemimpin politik di negara kita,” soalnya.

Terdahulu, Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC) mendedahkan bahawa 53,171 unit kediaman iaitu rumah dan apartment yang diservis masih belum terjual pada tahun 2020.

Nilai rumah yang masih belum terjual ini dianggarkan bernilai RM40 bilion.

Terdapat 29,565 unit rumah yang masih belum terjual dengan sebahagian besar unit ini terletak di Johor, Selangor dan Perak dengan nilai purata unit yang tidak terjual sekitar RM640,000.

Bagi kategori apartment, terdapat 23,606 unit bernilai RM20.8 bilion yang masih belum terjual.

Johor merupakan negeri dengan paling banyak unit yang tidak terjual iaitu sebanyak 16,442 unit diikuti Kuala Lumpur dan Selangor.

Bilangan rumah tidak terjual di Malaysia semakin kronik saban tahun.

Untuk perbandingan, pada tahun 2016, hanya 18,704 unit rumah yang tidak terjual dengan nilai sebanyak RM11.5 bilion.

Kini, nilainya telah meningkat hampir empat kali ganda dengan lebih 50,000 unit kediaman masih tidak terjual.

53,200 rumah tak terjual? Di mana silapnya?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ibu dalam pantang dukung bayi, pimpin anak, lari daripada kebakaran

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker